top of page

Lelaki disyaki curi komputer riba ditahan kurang 24 jam

  • nabalunews
  • Jul 27, 2025
  • 1 min read

Lelaki warga tempatan disyaki mencuri komputer riba berjaya ditangkap dalam tempoh kurang 24 jam, semalam.
Lelaki warga tempatan disyaki mencuri komputer riba berjaya ditangkap dalam tempoh kurang 24 jam, semalam.

27 Julai 2025


TAWAU: Tindakan pantas polis menjalankan Ops Bersepadu Mencegah Jenayah/Op Kesan berjaya menyelesaikan satu kes kecurian komputer riba dalam tempoh kurang 24 jam, semalam.


Kejayaan itu susulan tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun di kawasan tempat letak kereta Jalan SK Gabungan pada jam 6.20 petang, hasil maklumat orang awam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek sebelum itu dilihat dalam keadaan mencurigakan sambil membawa sebuah beg kertas lalu dihampiri anggota polis yang menjalankan rondaan.


“Hasil pemeriksaan, polis menemui sebuah beg komputer riba yang mengandungi komputer riba berjenama yang dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya dalam kenyatan media, hari ini.


Menurutnya, semasa tangkapan dilakukan, suspek bertindak agresif dan enggan memberikan kerjasama sehingga memaksa polis menggunakan kekerasan minimum.


Katanya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan siasatan kes mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.


Sementara itu, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah, termasuk kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.


Dalam pada itu, Jasmin memuji tindakan pantas pegawai dan anggota yang berjaya menyelesaikan kes terbabit dalam tempoh kurang 24 jam, sekaligus dapat menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat di daerah ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page