top of page

Lelaki Ditahan Untuk Bantu Siasatan Kes Bunuh

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Datuk Azmi Abdul Rahim
Datuk Azmi Abdul Rahim

16 Jun 2025


KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian kes bunuh melibatkan mangsa wanita di sebuah ladang di Jalan Tingkayu, Kunak, Jumaat lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah, Datuk Azmi Abdul Rahim berkata, kes bunuh berkenaan melibatkan wanita warga Filipina berusia lingkungan 40-an.


Katanya, mayat mangsa ditemui orang awam dengan kesan tetakan di bahagian tubuhnya kira-kira jam 10.26 pagi.


“Bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak bersama Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) JSJ, Kontinjen Sabah terus menjalankan siasatan lanjut.


“Suspek akhirnya berjaya ditahan pada jam 11.30 pagi, Sabtu lalu, di sebuah ladang kelapa sawit di daerah Kunak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutanz


Bagaimanapun katanya, suspek berjaya ditahan dan polis turut berjaya merampas sebilah parang dan pakaian yang digunakan ketika kejadian yang disembunyikan oleh suspek.


"Hasil soal siasat awal, suspek warga asing berusia 51 tahun mengaku terbabit dalam kes bunuh berkenaan.


“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page