top of page

Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kunak

  • nabalunews
  • Oct 1, 2024
  • 1 min read

30 September 2024


KUNAK: Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang memukat ikan di sebuah sungai di Ladang KLK Jatika, di sini, pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohammad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.18 pagi tadi.


Katanya sepasukan 6 anggota dari BBP Kunak dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 23 kilometer dari balai.


"BBP Kunak terima laporan kecemasan terdapat seorang mangsa lelaki dikhuatiri dibaham buaya di alamat Ladang KLK Jatika,Kunak.


"Menurut saksi, mangsa telah disambar buaya semasa menjalankan aktiviti memukat di sungai.


"Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah pencarian di permukaan (surface rescue) bersama agensi lain dan orang awam di kawasan mangsa dilaporkan disambar buaya dan di sepanjang sungai menggunakan bot," katanya dalam kenyataan hari ini.


Gerakan mencari turut dibantu 21 orang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan penduduk kampung.


Menurutnya, operasi mencari mangsa ditangguhkan pada jam 4.31 petang dan akan disambung semula esok. Mangsa belum ditemui.


Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa, katanya.


Mangsa yang hilang dikenali Ridwan Nawir, 50 tahun.

ความคิดเห็น


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page