top of page

Lelaki lakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita dan bekas isteri ditahan polis

  • nabalunews
  • Jan 22
  • 1 min read


Lelaki ditahan kerana disyaki melakukan ugutan jenayah dengan hendak menetak dua wanita, termasuk bekas isterinya.
Lelaki ditahan kerana disyaki melakukan ugutan jenayah dengan hendak menetak dua wanita, termasuk bekas isterinya.

22 January 2025


Oleh: Wartawan Nabalu News


TAWAU: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dikatakan melakukan ugutan jenayah untuk menetak dua wanita, termasuk bekas isterinya di kawasan gerai makanan Sabindo sekitar jam 4.20 petang, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek, 36, ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau susulan laporan polis dibuat mangsa, 31.


Menurutnya, polis turut merampas telefon bimbit milik suspek yang digunakan semasa kejadian, manakala, hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.


Katanya, pihaknya sebelum itu menerima laporan polis dibuat mangsa sekitar jam 10.31 malam kerana berasa terancam selepas menerima panggilan telefon berbaur ancaman daripada suspek yang juga bekas suami rakannya, minggu lepas.


"Suspek dikatakan tidak berpuas hati tanpa sebab, malah turut menyalahkan mangsa kerana membawa bekas isterinya keluar tanpa kebenarannya.


"Dalam panggilan tersebut, suspek menyatakan niat untuk menetak mangsa dan rakannya (bekas isteri suspek),"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Jasmin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.


Mengulas lanjut, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan yang boleh mengancam keselamatan orang lain.


Beliau juga menasihatkan orang awam supaya menyelesaikan sebarang pertikaian secara aman tanpa melibatkan ancaman atau keganasan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page