LELAKI ROGOL ANAK KANDUNG DIBERKAS POLISLELAKI ROGOL ANAK KANDUNG DIBERKAS POLIS
top of page
  • nabalunews

LELAKI ROGOL ANAK KANDUNG DIBERKAS POLIS


grafik hiasan

24 Nov 2020


KOTA KINABALU: Polis memberkas seorang lelaki selepas dipercayai merogol anak perempuan kandungnya yang berumur lapan tahun.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek yang berumur 45 tahun itu ditahan, di sini.


Menurutnya, mangsa dirogol ayah kandungnya sekitar Mac hingga Jun lepas di rumah sewa keluarga berkenaan di tingkat dua rumah kedai di Inanam dekat sini.


Beliau berkata, mangsa mengadu berhubung kejadian itu kepada penjaga asrama selepas ibu bapanya menghantar mangsa ke sebuah asrama pelajar sejak Julai lepas.


"Asrama berkenaan menawarkan tempat tinggal percuma untuk pelajar memandangkan keadaan ibu bapa mangsa yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan serta tempat tinggal yang tetap.


"Siasatan awal mendapati, mangsa mengadu diganggu secara seksual oleh suspek semasa tinggal bersama keluarganya di rumah sewa berkenaan.


"Malah ketika kejadian berlaku, walaupun mangsa cuba menjerit meminta tolong, namun ibunya tidak dapat membantu kerana lumpuh dan menggunakan kerusi roda," katanya ketika dihubungi di sini.


Habibi berkata, ibu mangsa turut sama sering menjadi mangsa pukul suspek hingga menyebabkan mereka sekeluarga takut dan trauma kepada suspek.


Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah dan kini ditahan reman.


Beliau berkata, mangsa dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk membantu siasatan lanjut bagi proses pendakwaan.


Pihaknya menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum jika sabit kesalahan. – Utusan Borne

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page