LIMA KEMATIAN DI SABAH, SATU DI LABUAN DILAPORKAN HARI INI LIMA KEMATIAN DI SABAH, SATU DI LABUAN DILAPORKAN HARI INI
top of page
  • nabalunews

LIMA KEMATIAN DI SABAH, SATU DI LABUAN DILAPORKAN HARI INI


21 OKTOBER 2020

Oleh WartawanNabalu News


KOTA KINABALU: Enam kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, iaitu lima di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 199 kes atau 0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Noor Hisham berkata, kes kematian ke-194 adalah wanita tempatan berumur 71 tahun di Hospital Semporna dan mempunyai latar belakang penyakit barah payudara dan strok.

Kes ke-195 dan ke-196 adalah lelaki tempatan masing-masing berumur 65 tahun dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Duchess of Kent Sandakan, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis, hepatitis B kronik dan penyakit autoimun darah.

Kes ke-197 dan ke-198 adalah lelaki tempatan (55) dan lelaki bukan warganegara (27) di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Kes ke-199 adalah seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan meninggal dunia di Hospital Labuan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page