Lori terbabas di Jalan Bukit Kelawat, dua orang selamat

13 Mac 2025
KOTA BELUD: Sebuah lori lima tan terbabas sendiri dan terbalik di Jalan Bukit Kelawat, Kota Belud, petang tadi.
Bagaimanapun, dua lelaki yang terlibat dalam insiden itu berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian Balai pada jam 4:10 petang sebelum mengerahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud dengan kekuatan lapan anggota ke lokasi kejadian. Pasukan tiba pada 4:28 petang.
“Kemalangan ini melibatkan sebuah lori lima tan yang terbabas dan terbalik sendiri. Dua lelaki yang terlibat telah sendiri dari kenderaan sebelum pasukan bomba tiba. Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut Komander Operasi, PBK II Sufian Aban.
Sebagai langkah keselamatan, pasukan bomba membersihkan jalan raya menggunakan satu aliran hos reel untuk mengelakkan sebarang risiko kemalangan susulan.
Operasi ditamatkan pada jam 5:10 petang selepas memastikan lokasi selamat.
Comments