LPKP Sabah beri penjelasan dakwaan Persatuan Limousin dan Teksi KKIA
top of page
  • Wartawan Nabalu News

LPKP Sabah beri penjelasan dakwaan Persatuan Limousin dan Teksi KKIA



20 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah memberi penjelasan mengenai dakwaan Persatuan Limousin dan Teksi Lapangan Terbang Antrabangsa Kota Kinabalu (KKIA).


Pengerusi LPKP Sabah Dato’ Chin Kim Hiung berkata, beliau telah menghantar surat kepada Pengurus KKIA bagi mencadangkan agar satu tapak menunggu disediakan bagi kenderaan e-hailing pada 23 Disember lalu.


Dato’ Chin Kim Hiung

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan untuk mengelakkan kesesakan serta mengurangkan masa menunggu di KKIA.


“Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, ianya akan menyediakan tapak menunggu bagi kenderaan e-hailing untuk menghantar dan mengambil penumpang yang telah membuat tempahan menerusi aplikasi e-hailing.


“Pengurusan kenderaan e-hailing akan lebih teratur dan memudahkan penumpang serta tidak mengganggu aliran kenderaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mengenai pelaksanaan geo-gencing di KKIA, beliau berkata, melalui perjumpaan antara wakil EHO di Sabah dan LPKP Sabah yang dipengerusikan oleh Pengarah LPKP Sabah, Norsiah Patah pada 10 Disember lalu, yang turut dihadiri oleh wakil Malaysia Airport Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan, syarikat EHO menjelaskan bahawa mereka telah mula melaksanakan geo-fencing di KKIA dan mengenakan peraturan kepada semua pemandu di bawah seliaan.


Berkenaan isu permintaan pemandu teksi bandar atau bermeter beroperasi di KKIA, Chin menjelaskan LPKP Sabah telah menerima dan mengambil maklum permohonan dari pengusaha berkenaan untuk beroperasi di lapangan terbang di negeri ini.


“LPKP Sabah akan meneliti perkara ini secara menyeluruh bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat akan mengambil kira kebajikan dan kepentingan semua pihak terlibat,” katanya.


Beliau berharap penjelasan ini dapat menjawab isu yang telah dibangkitkan oleh oleh Persatuan Limousin dan Teksi KKIA.


“Saya ingin menekankan di sini bahawa sebarang langkah atau keputusan yang diambil oleh saya selaku Pengerusi LPKP Sabah telah dibuat pertimbangan sewajarnya berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya dan anggota LPKP Sabah,” katanya.


Sebelum ini dilaporkan, kira-kira 180 pemandu perkhidmatan teksi KKIA merayu supaya LPKP dan pihak berwajib menguatkuasakan segera’'geo fencing’ atau halangan terhadap pengendali perkhidmatan e-hailing.


Pengerusi Persatuan Limousin dan Teksi KKIA, Shamsuddin Mohd Shah berkata, tiada tindakan diambil sehingga kini walaupun keputusan untuk melaksanakan ‘geo fencing’ telah dibuat membabitkan kerajaan negeri serta pihak berkuasa.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page