LULUSKAN MUDA DALAM KADAR SEGERA
- nabalunews
- Jul 9, 2021
- 1 min read

9 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menggesa kerajaan supaya meluluskan pendaftaran parti itu dengan kadar segera. Sambil menyambut baik keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (ROS) bagi meluluskan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik (MUDA) Amir Abd Hadi berkata, kebebasan berpersatuan adalah hak fundamental yang dijamin oleh Perlembagaan dibawah Perkara 10, selain dinyatakan dalam Perkara 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). “Namun begitu, jangan dilupa bahawa kelulusan ini diberi selepas tempoh masa panjang, yang akhirnya terpaksa dibawa ke mahkamah selepas lebih setahun pen daftaran dihantar. “Mahkamah pada 25 Jun 2021 memutuskan agar Menteri Dalam Negeri memberikan maklumbalas terhadap pendaftaran Pejuang dalam tempoh 14 hari,” katanya dalam kenyataan media, kelmarin. Amir berkata, MUDA sekali lagi menegaskan, seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), supaya reformasi undang-undang dilaksanakan segera bagi meminda Akta Pertubuhan 1966. Katanya ia antara lain tidak memperuntukkan satu tempoh masa bagi meluluskan pendaftaran sesuatu persatuan; memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri; dan tidak memberikan sebab kepada penolakan kepada pendaftaran sesuatu persatuan.















Comments