Madius, Ewon serlah semangat kekeluargaan UPKO di Libaran
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Madius, Ewon serlah semangat kekeluargaan UPKO di Libaran


Madius dan Ewon dilihat berbincang sebelum menyampaikan ucapan.

26 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


LIBARAN: Kehadiran bersama Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Madius Tangau dan Naib Presiden Datuk Ewon Benedick di mesyuarat agung tritahunan UPKO Libaran menyerlahkan semangat kekeluargaan parti tersebut.


Turut hadir bersama dalam mesyuarat agung tersebut ialah Timbalan Presiden Datuk Donald Mojuntin.


Dari kiri ke kanan: Carl, Ewon, Madius, Peter, Donald dan para pemimpin lain.

Ketiga-tiga pemimpin tertinggi UPKO tersebut menyampaikan ucapan menggesa ahli-ahli parti di Bahagian tersebut memperkasakan perjuangan meneraju isu-isu rakyat.


UPKO Libaran merupakan Bahagian yang ke-19 mengadakan mesyuarat agung daripada 24 Bahagian di seluruh Sabah.


Parti UPKO akan mengadakan kongres parti pada tahun ini selepas semua Bahagian selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing.


Di sebalik spekulasi berlakunya pemilihan parti melibatkan jawatan Presiden, Madius dan Ewon mengadakan kunjungan bersama di Libaran menemui pimpinan dan ahli-ahli parti.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page