Madius sertai gotong-royong di Kg.Lokub dan Kg.Paka Wangkod Madius sertai gotong-royong di Kg.Lokub dan Kg.Paka Wangkod
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Madius sertai gotong-royong di Kg.Lokub dan Kg.Paka Wangkod


Madius menyertai gotong-royong di Kg.Lokub.

9 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


TUARAN: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau menyertai beberapa program gotong-royong yang dilaksanakan dua buah kampung kawasan Tuaran iaitu Kg.Lokub dan Kg.Paka Wangkod.


Beliau berkata, amalan bergotong-royong bukan sahaja memudahkan penyiapan sesuatu kerja tetapi dapat memupuk semangat perpaduan.



“Selain itu ia juga dapat melahirkan masyarakat kampung yang bertanggungjawab menjaga keceriaan kampung,” katanya.


Penduduk Kampung Lokub melaksanakan gotong-royong menabur batu kelikir di jalan kawasan perkampungan itu untuk keselesaan semua pengguna jalan kampung berkenaan.


Madius menyertai gotong-royong di Kg.Paka Wangkod.

Manakala penduduk Kampung Paka Wangkod pula bergotong-royong mengalirkan air di jalan raya yang becak bagi memudahkan kerja-kerja menabur batu kelikir pada minggu depan.


Madius turut meluangkan masa meninjau keperluan kemudahan asas yang diusahakannya di Kampung Lokub termasuk pembinaan Dewan Muhibbah dan gerai jualan.

Madius bergambar bersama penduduk Kg.Paka Wangkod yang menyertai gotong-royong itu.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page