Majlis Belia Telupid adakan kunjungan hormat terhadap Ewon

12 Februari 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Majlis Belia Daerah Telupid mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, di sini, hari ini.
Kunjungan itu diketuai oleh Presidennya Emmanuel dan disertai oleh ahli jawatankuasa majlis itu.
Emmanuel berkata, kunjungan hormat yang julung kalinya diadakan oleh belia akar umbi Telupid itu bertujuan menyampaikan hasrat kepada Ewon berkenaan pelaksanaan karnival berkonsep keusahawan, koperasi dan kebudayaan.

“Kami bercadang untuk mengadakan Karnival Majou Kaandai Telupid pada 15 hingga 19 Mac ini, di Dataran Pekan Telupid,” katanya selepas kunjungan itu.
Emmanuel berkata, hasil daripada penjelasan berkenaan karnival itu, Ewon memberikan maklum balas positif dengan menyokong inisiatif sedemikian.
“Selain itu, beliau turut memberikan input-input berkenaan agensi yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk dilibatkan bersama semasa karnival ini,” katanya.
Comments