Majlis Hari Wanita Sedunia dirai masyarakat Kg Narayat, Tambunan
14 Mac 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
TAMBUNAN: Majlis Hari Wanita Sedunia yang diraikan pada setiap 8 Mac setiap tahun di seluruh dunia telah disambut oleh masyarakat di Kampung Narayat Tambunan.
Pengerusi Penganjur Program Hari Wanita Sedunia Kampung Narayat, Felicia Onsodon menyatakan, berkata bagi wanita di Kampung Narayat Tambunan, Hari Wanita Sedunia merupakan simbol kesamarataan hak-hak dan peluang dalam pelbagai.
Jelas Felicia, sambutan tersebut harus diraikan oleh semua golongan tanpa mengira usia dan agama.
"Wanita masa kini bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, dan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahu pun isteri sepenuh masa di rumah.
"Pada Hari Wanita Sedunia ini, kami saling mendorong semua keluarga di kampung ini untuk meluangkan waktu bagi meraikan wanita dalam hidup mereka menerusi majlis ringkas tetapi meriah ini." katanya semasa Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Kampung Narayat Tambunan yang diadakan pada hari ini.
Dalam pada itu, Felicia juga mengharapkan majlis tersebut dapat dimanfaatkan sebagai peluang untuk anak-anak mengungkapkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada ibu mereka atas jasa mereka dalam keluarga.
Felicia menyatakan, "Ini adalah kesempatan bagi penduduk di seluruh Kampung Narayat untuk bersatu padu dan menghormati sumbangan wanita terhadap masyarakat."
Katanya sambutan pada kali ini, bertemakan pakaian Kebaya kain batik, kain sarung dan skirt. Tema tersebut dipilih untuk memberi inspirasi kepada golongan ibu dan anak-anak dalam kalangan wanita
Comments