Majlis MA63 setuju pindaan untuk mengembalikan status Sabah, Sarawak sebagai rakan sekutuMajlis MA63 setuju pindaan untuk mengembalikan status Sabah, Sarawak sebagai rakan sekutu
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Majlis MA63 setuju pindaan untuk mengembalikan status Sabah, Sarawak sebagai rakan sekutu


19 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) telah bersetuju untuk melaksanakan pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu.


Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, pindaan itu juga akan mentakrif semula maksud Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Keputusan pindaan tersebut dibuat semasa mesyuarat MKMA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.


Menurut Ongkili, cadangan pindaan rang undang-undang (RUU) itu akan dibentangkan pada persidangan parlimen akan datang.


Manakala, pemberian kuasa kepada kerajaan Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan lesen menangkap ikan laut dalam yang ketika ini dikendalikan jabatan Persekutuan turut dipersetujui semasa mesyuarat itu.


"Pada awalnya cadangan itu diajukan kerajaan Sabah tetapi MKMA63 bersetuju agar ia dipersetujui dan diperluaskan ke Sarawak juga," katanya.


Sementara itu, Menteri Undang-Undang dan Parlimen Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan bahawa pindaan tersebut akan menentukan status semua negeri di Malaysia sejajar dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, MA63 dan status setelah Singapura keluar pada 1965

bottom of page