top of page
  • Wartawan Nabalu News

Malaysia antara negara paling selamat untuk berasara di Asia


16 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Malaysia antara negara paling selamat untuk bersara di Asia, menurut kajian Nasdaq, sebuah perbadanan perkhidmatan kewangan Amerika Syarikat.


Kajian itu menggunakan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan indeks keamanan global setiap negara.


Malaysia mendapat skor tertinggi dengan indeks keamanan global 1.471 dan kos sara hidup bulanan AS$1,066 (RM4,825).


"Malaysia menduduki tangga pertama dengan indeks kos sara hidup 22.9, dan KDNK AS$481.9 trilion," kata Nasdaq menerusi artikel disiarkan GoBankingRates.


"Dengan purata perbelanjaan bulanan lebih AS$1,000, ia adalah tempat yang sangat baik untuk dipertimbangkan oleh pesara."


Kuwait menduduki tempat kedua dengan indeks keamanan global 1.739 dan kos sara hidup bulanan AS$1,741 (RM7,880).


Vietnam dan Indonesia berada di tangga empat dan kelima masing-masing dengan kos sara hidup RM5,055 dan RM4,254 sebulan.


Kedudukan Indonesia berada lebih rendah meskipun kos bulanan rendah kerana penilaian turut mengambil kira KDNK negara dan indeks keamanan global di negara tersebut.



bottom of page