top of page

MCMC siasat 17 individu sebar maklumat palsu bahan api, tarif elektrik

  • nabalunews
  • Apr 3
  • 1 min read

3 April 2026


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap 17 individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan harga bahan api dan tarif baharu elektrik di media sosial.


MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, setakat ini sebanyak lapan rakaman percakapan terhadap suspek telah selesai dijalankan.


Katanya, ia termasuk lima kes berkaitan maklumat palsu mengenai kenaikan harga bahan api dan tiga kes berkaitan tarif elektrik baharu.


“Daripada lima kes tersebut, tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini manakala dua lagi selesai dirakam semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


“Daripada lima kes tersebut, tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini manakala dua lagi selesai dirakam semalam.


“Selain itu, terdapat tiga lagi kes berkaitan penyebaran maklumat palsu mengenai tarif elektrik, manakala baki sembilan suspek masih dalam proses pemantauan lanjut dan akan dipanggil dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.


Menurut suruhanjaya itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial bagi tujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu.


"Penyebaran maklumat sedemikian boleh menimbulkan panik dan kebimbangan dalam kalangan pengguna.


“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page