top of page

Malaysia komited tingkatkan kedudukan ASEAN semasa negara menjadi pengerusi pada tahun 2025

  • nabalunews
  • Oct 8, 2024
  • 1 min read

8 Oktober 2024


PUTRAJAYA: Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam meningkatkan kedudukan ASEAN ke tahap yang lebih tinggi, terutamanya semasa negara menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.


Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, menjelaskan bahawa hasrat tersebut akan dilaksanakan dengan penuh komitmen.


“Kepengerusian ASEAN ini adalah satu perkara yang cukup dinantikan. Malaysia akan memainkan peranan untuk memastikan ASEAN berada pada kedudukan yang lebih baik. Insya-Allah, kita harap dan menegaskan beberapa prinsip yang dipegang oleh ASEAN,” katanya.


Fahmi juga memaklumkan bahawa Malaysia akan menerima kepengerusian ASEAN secara rasmi pada Jumaat ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page