top of page
  • Wartawan Nabalu News

Malaysia menarik pelabur luar dengan politik stabil dan Ekonomi MADANI – PM


1 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA PILAH: Malaysia kini mendapat pengiktirafan dan penghormatan di mata dunia kerana mempunyai tatakelola, dasar dan kestabilan politik yang baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, ini dapat dilihat daripada minat pelabur luar seperti Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk yang berhasrat untuk membuka ibu pejabat syarikat kereta elektrik itu di Cyberjaya tahun ini.


Jelas beliau, Elon Musk sendiri mahu berbincang dengan beliau, ini satu penghormatan yang amat besar kepada Malaysia. Ini menunjukkan bahawa negara ada dasar ekonomi yang baik, termasuk Ekonomi MADANI yang diamalkan Kerajaan Perpaduan.


Tambah Anwar, kestabilan politik yang dicapai oleh Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) telah memberi keyakinan kepada pelabur luar untuk melabur di Malaysia.


"Politik stabil untuk apa, saya tegaskan untuk bangunkan ekonomi dan tarik pelabur. Dulu pelabur tak datang, kita tengok pembesar luar negara jarang datang ke Malaysia.


“Sekarang minggu lepas sahaja Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dah 49 tahun beliau tak datang, kalau datang pun sebab persidangan antarabangsa," beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan, di sini, pada malam Isnin.


Dalam pada itu, beliau berkata, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang akan mengadakan lawatan negara pada Khamis ini juga menunjukkan kesungguhan baginda untuk meningkatkan lagi hubungan Brunei dan Malaysia ke tahap paling baik dalam sejarah.




bottom of page