top of page

Malaysia menduduki tangga ke-36 negara berinovatif

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 7, 2024
  • 2 min read

7 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KENINGAU: Malaysia masih kekal menduduki tangga ke-36 daripada 132 buah negara berinovatif dengan peningkatan skor daripada 38.7 para tahun 2022 kepada 40.9 pada tahun lalu.


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata menurut Laporan Indeks Inovasi Global (GII) Tahun 2023 yang dikeluarkan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO), Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 negara berpendapatan sederhana atas dengan peningkatan

satu tangga berbanding tahun 2022 manakala bagi ASEAN, Malaysia kekal berada di tempat kedua selepas Singapura. 


"Ini menunjukkan kapasiti dan keupayaan inovatif masyarakat Malaysia adalah yang lebih besar dan boleh dibanggakan" katanya semasa berucap merasmikan Anugerah Inovasi Pendidikan (ANINOS) peringkat negeri Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2024 di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJ) Ken Hwa di sini, baru-baru ini.


Sehubungan itu Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berharap agar warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

sentiasa melipat gandakan usaha bagi mencipta pelbagai lagi cetusan idea berinovatif dalam sistem penyampaian perkhidmatan seiring dengan arus globalisasi yang pesat berkembang dewasa ini.


"Mengambil kata-kata Peter Drucker, seorang penulis dan perunding pengurusan yang terkenal pernah berkata, “If you want something new, you have to stop doing old” katanya memberi suntikan semangat.


Menyentuh mengenai ANINOS, Arthur berkata dalam era moden kini, inovasi telah menjadi penanda aras global yang mendorong kepada keupayaan penciptaan idea yang unik dan bermanfaat kepada pembangunan sesuatu bidang. 


Katanya jika dahulu, semuanya dilakukan secara manual dan mengambil masa yang lama, kini sektor awam menawarkan pelbagai kemudahan dan kaedah yang semuanya berada di hujung jari. 


Beliau berkata, perubahan dalam penyampaian perkhidmatan yang dicapai pada hari ini tidak mungkin menjadi realiti tanpa penghasilan inovasi yang berterusan. 


"Oleh itu, saya menyeru kepada semua untuk menjadikan pembudayaan inovasi sebagai agenda utama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan jabatan kepada pelanggan sentiasa cepat, cekap dan berkesan seiring dengan perubahan teknologi dan corak pembangunan yang pesat" kata Arthur.


Turut hadir di majlis ini, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin dan Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Johari Jaibit Sabin.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page