top of page

Malaysia perketat kawalan di pintu masuk sempadan bagi mengesan jangkitan MPOX

  • nabalunews
  • Aug 20, 2024
  • 1 min read

ree

20 Ogos 2024

 

GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperketatkan saringan di semua pintu masuk sempadan negara susulan beberapa kes kematian akibat mpox yang dilaporkan di Thailand.

 

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, menyatakan bahawa langkah berjaga-jaga ini diambil bagi mengesan dan mengawal penularan virus tersebut di Malaysia.

 

Beliau menjelaskan bahawa proses saringan yang dilakukan adalah serupa dengan langkah-langkah semasa pandemik, di mana pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera jika terdapat sebarang tanda risiko di pintu masuk negara.

 

"Kita telah mempunyai 'guidelines'…kita telah menguar-uarkan 'guidelines' tersebut..semua langkah-langkah berjaga-jaga akan diambil oleh agensi yang berkenaan terutama sekali di pintu masuk imigresen, 'airport' dan sempadan-sempadan kita," ujar Lukanisman selepas merasmikan Persidangan Saintifik Kesihatan Sempadan Malaysia–Thailand yang ke-34 di sini.

 

Selain pergerakan individu dan pelancong, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan memberi tumpuan kepada urusan bekalan makanan dalam usaha menangani penularan virus tersebut.

 

Antara simptom jangkitan mpox termasuklah demam, keletihan, sakit kepala, lenguh tubuh badan, sakit urat, ruam, dan bintik-bintik besar pada kulit. Individu dan kanak-kanak yang mempunyai imuniti badan rendah didapati lebih berisiko dijangkiti virus ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page