top of page

Malaysia perkukuh kedudukan sebagai hab perdagangan dan pelaburan serantau

  • nabalunews
  • Nov 13, 2024
  • 1 min read


13 November 2024


KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai hab perdagangan dan pelaburan serantau dalam pembangunan infrastruktur, sekaligus mempertingkatkan daya saing negara di peringkat global.


Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, menyatakan kejayaan ini hasil daripada pelaburan konsisten dalam projek-projek infrastruktur seperti lebuh raya, pelabuhan, dan lapangan terbang yang dijalankan oleh kerajaan.


Beliau turut menegaskan bahawa sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lima hingga enam peratus dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 dapat dicapai melalui usaha berterusan ini.


"Di peringkat kementerian pula, hala tuju pembangunan adalah berlandaskan kepada ketetapan peraturan dan dokumen dasar yang lebih terperinci, sebagai contoh di Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Menurut Hanifah, dokumen dasar seperti Pelan Rangkaian Jalan Raya 2023 dan Dasar Pengangkutan Negara 2019 hingga 2030 telah menggariskan pembangunan infrastruktur yang komprehensif mengikut pelan tindakan serta sasaran yang perlu dicapai dalam tempoh tertentu.


Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia anak Brodi, berhubung pelan pembangunan infrastruktur ekonomi utama bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan daya saing Malaysia di peringkat global.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page