top of page

Malaysia perlu bersedia mendepani teknologi baharu untuk masa depan tenaga kerja - Fadillah Yusof

  • nabalunews
  • Nov 8, 2024
  • 1 min read

8 November 2024


KUALA LUMPUR: Malaysia harus berani menghadapi kemajuan teknologi baharu bagi memastikan daya saing tenaga kerja dalam era digital yang semakin mencabar.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, dan automasi semakin mengubah landskap pekerjaan di seluruh dunia.


Beliau, menekankan bahawa negara bukan sahaja perlu menyesuaikan diri, tetapi juga perlu melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu memimpin dalam bidang ini.


“Dalam era baharu ini, pembelajaran sepanjang hayat bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan,” ujarnya ketika berucap pada majlis Anugerah Pembangunan Sumber Manusia 2024 di sini.


Tambah beliau, persediaan menghadapi masa depan memerlukan pembentukan minda tenaga kerja yang terbuka kepada prinsip belajar, melupakan, dan belajar semula.


“Ketika kita bersiap sedia menghadapi masa hadapan, kita mesti membentuk minda tenaga kerja yang menghayati prinsip belajar, melupakan, dan belajar semula. Inilah kunci untuk berjaya dalam persekitaran yang sentiasa berubah, di mana peningkatan kemahiran perlu kekal sebagai keutamaan dalam usaha kita,” jelasnya.

Kommentarer


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page