Malaysia sedia saman waris Sulu - Azalina
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Malaysia sedia saman waris Sulu - Azalina


1 Julai 2023

By Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan berkompromi dengan tuntutan kumpulan mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu yang menuntut pampasan AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) daripada negara ini berhubung tanah Sabah.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk menyaman kumpulan itu kerana telah menyebabkan kerugian besar kepada Malaysia akibat tindakan undang-undang yang mereka lakukan.


"Kita akan membuat satu 'legal opinion' dari segi kajian sama ada kerajaan bersetuju apa tindakan perlu kita buat terhadap mereka, sama ada perlu kita saman untuk kerugian yang kita hadapi," katanya kepada pemberita selepas sidang media Malaysia-Kes Sulu, di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia pada Jumaat.


Beliau berkata kerajaan telah membelanjakan RM31 juta bagi kos perundangan terhadap tuntutan itu dalam tempoh empat tahun, termasuk bayaran perkhidmatan peguam antarabangsa, prosiding mahkamah, terjemahan, penyelidikan sejarah dan perundangan.


Tambah Azalina, tuntutan itu boleh dianggap sebagai "satu bentuk peperangan baharu" yang sofistikated dan serangan terhadap kedaulatan Malaysia.


"Jaminan kerajaan adalah kami akan lawan habis-habisan kerana tidak akan berkompromi dengan mana-mana ugutan. Kita kena matikan segala gerakan yang dilakukan oleh mereka daripada aspek pendanaan dan sokongan," katanya.


Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan mungkin akan mengambil tindakan undang-undang di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) jika didapati terdapat unsur penipuan dalam tuntutan kumpulan Sulu itu.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page