Hujan berterusan dijangka landa beberapa daerah di Sabah bermula esok
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

9 Mac 2026
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah selama dua hari bermula esok.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan antara kawasan yang terlibat ialah Pantai Barat membabitkan Ranau, serta dearah Tawau dan Lahad Datu.
“Keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di Sandakan melibatkan Telupid, Kinabatangan dan Beluran serta Kudat dalam tempoh Selasa, 10 Mac 2026 sehingga Rabu, 11 Mac 2026,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.















Comments