top of page
nabalunews

Malaysia teguh perangi kebuluran dan kemiskinan di peringkat global


21 November 2024


KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk memerangi kebuluran dan kemiskinan melalui inisiatif global yang dirangka bersama kepimpinan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) Brazil.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bahawa Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan agensi kerajaan sedang merangka program untuk menyokong usaha tersebut.


"Memang kita diminta untuk mengemukakan kerangka kerja kita dan pelaksanaan program di Malaysia untuk dikaji dan diteliti dilaksanakan bersama-sama. Seperti yang kita tahu, Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, banyak buat program pembasmian kemiskinan kerana beliau rasa bertanggungjawab dalam masa singkat untuk membasmi kemiskinan tegar walau jumlah terlalu besar," kata Anwar.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari, dalam sidang Dewan Rakyat.


Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalin kerjasama erat dengan Badan Pencegahan Rasuah Brazil untuk meningkatkan usaha bersama membanteras rasuah di peringkat antarabangsa.

Comments


bottom of page