top of page

Malaysia yakin keanggotaan Timor Leste akan beri nilai tambah kepada ASEAN – Mohamad Hasan

  • nabalunews
  • Oct 8, 2024
  • 1 min read

8 Oktober 2024


VIENTIANE: Malaysia yakin keanggotaan penuh Timor Leste dalam ASEAN akan membawa nilai tambah kepada blok ekonomi serantau yang kini terdiri daripada 10 negara.


Walau bagaimanapun, menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, masih belum ada konsensus yang dicapai oleh negara-negara anggota ASEAN mengenai perkara tersebut.


“Asean ini merupakan satu kumpulan negara yang membuat keputusan berasaskan kepada konsensus bersama, dan ini kadang-kadang menyulitkan proses,” katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN di sini.


Tambah beliau, Majlis Koordinasi ASEAN sedang berusaha mempercepatkan proses untuk membantu Timor Leste merealisasikan keanggotaannya dalam ASEAN.


Dalam isu lain, beliau berharap ASEAN dapat memainkan peranan lebih besar dalam menyelesaikan krisis di Myanmar, yang kini memberi impak kepada negara-negara lain di rantau ini, termasuk isu jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dadah, penipuan pekerjaan, dan judi dalam talian.


“Malaysia akan menggunakan mekanisme Troika sebagai platform penting dalam usaha mencari penyelesaian terhadap krisis Myanmar, selaras dengan konsensus lima perkara yang dipersetujui ASEAN,” jelasnya. Mohamad juga mengingatkan bahawa Myanmar masih merupakan anggota ASEAN dan tertakluk kepada Piagam ASEAN.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page