Mangsa banjir di enam daerah di Sabah meningkat kepada 3,398 orang Mangsa banjir di enam daerah di Sabah meningkat kepada 3,398 orang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Mangsa banjir di enam daerah di Sabah meningkat kepada 3,398 orang


Antara kawasan terjejas banjir di Kota Marudu.

3 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 3,398 mangsa banjir daripada 1,236 keluarga dari enam buah daerah di Sabah ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengahari, hari ini.


Daerah-daerah yang terjejas banjir ekoran hujan berterusan sejak 31 Disember ialah Kota Marudu, Pitas, Paitan, Beluran, Telupid dan Sandakan.


Bagaimanapun dilaporkan beberapa keluarga mangsa banjir di Sandakan sudah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing selepas banjir mulai surut.


Bagi Pitas pula, walaupun keadaan banjir kawasan itu mulai surut namun ia masih dalam paras bahaya dan kesemua mangsa banjir masih ditempatkan di PPS.


Menurut laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sabah setakat jam 12 tengahari hari ini, sebanyak 27 PPS dibuka untuk menempatkan kesemua mangsa banjir.


Daerah yang terjejas teruk akibat banjir ialah Kota Marudu melibatkan 2,749 mangsa banjir daripada 1,051 keluarga dipindahken ke 13 PPS, Pitas (234 mangsa, 94 keluarga, empat PPS), Sandakan (192 mangsa, 41 keluarga, dua PPS), Paitan (102 mangsa, 24 keluarga, tiga PPS), Telupid (84 mangsa daripada 16 keluarga dipindahkan ke tiga PPS) dan Beluran (41 mangsa, 11 keluarga, dua PPS).


Dilaporkan, sebanyak 30 buah kampung di Kota Marudu terjejas banjir, 23 buah kampung di Paitan, 18 buah kampung (Telupid), tiga kampung terjejas dan 21 kampung terputus hubungan di Pitas.


Antara kampung yang terputus hubungan di Pitas ialah Kg. Pandan Mandamai, Kg.Lugu, Kg.Pandan, Kg.Kobon, Kg.Mandamai, Kg.Tukar, Kg.Perupuk, Kg.Mandamai Bai, Kg.Sosop Bai, Kg.Sosop, Kg.Dandun Pusat, Kg.Dandun Laut, Kg.Dandun Darat, Kg.Tutuwoon, Kg.Mandurian Laut, Kg.Maliau, Kg.Pinapak, Kg. Bambangan Ulu, Kg.Maliau Pusat, Kg.Bilal dan Kg.Lokos Vunul.


Selain itu dilaporkan juga masing-masing dua kawasan terjejas banjir di Telupid iaitu Kg.Rancangan Nangoh dan Kg.Bakong-Bakong, bagi Lahad Datu (Taman Khazanah Indah dan Kg.Keliatan) dan Ranau (Kg.Lungkidau dan Kg.Matupang).


Manakala kampung terjejas akibat banjir di Beluran pula ialah Kg.Balaban, Kinabatangan (Kg.Jaya Baru) dan Sandakan (Kg.Sungai Memanjang).


Operasi menyelematkan mangsa banjir di kawasan Sandakan.

Dua kawasan tanah runtuh dilaporkan iaitu di Jalan Kompleks Sukan Ranau dan Kg.Warisan Kinabatangan.


Sementara itu Ketua Menteri Datuk Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri akan memastikan semua agensi di seluruh negeri bersedia menjalankan tugas masing-masing apabila diperlukan ketika musim banjir.


Beliau berkata, pada masa ini keselamatan orang ramai adalah keutamaan kerajaan, oleh itu semua pihak keselamatan telah diarahkan untuk ke kawasan terjejas dan juga kawasan-kawasan berisiko tinggi untuk membantu mangsa banjir.


"Bantuan makanan kecemasan juga sedang disediakan untuk diedarkan kepada mangsa banjir oleh agensi berkaitan," katanya dalam kenyataan media, kelmarin.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page