top of page

Mangsa ribut di Tambulion Ulu dibantu Pejabat Khidmat ADUN Kadamaian

  • nabalunews
  • Sep 19, 2024
  • 1 min read

19 September 2024


KOTA BELUD: Fenomena cuaca yang melanda Pantai Barat Sabah semalam telah menyebabkan kerosakan pada struktur rumah khususnya bumbung yang diterbangkan angin kencang.


Antara yang terkesan adalah keluarga Boi Osmund Loisan di Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud.


Sebagai tanda keprihatinan terhadap musibah yang menimpa keluarga Boi Osmund, Pejabat Khidmat ADUN N11 Kadamaian dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian telah mengambil inisiatif segera turun padang untuk menyampaikan bantuan.


Lawatan dan penyerahan sumbangan tersebut telah dilaksanakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick


Turut hadir dalam program ini ialah Pemaju Masyarakat N11 Kadamaian, Clarence Samuel serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tambulion Ulu, Hildawati Sikol yang sama-sama memberikan sokongan moral kepada mangsa ribut.


Kejadian ribut yang berlaku kira-kira 1.45 petang semalam, telah mengakibatkan bumbung rumah Boi Osmund diterbangkan angin.


Bantuan yang disalurkan ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga mangsa serta memberikan sedikit kelegaan dalam situasi yang sukar ini.


Pihak Pejabat Khidmat ADUN dan komuniti setempat juga menyeru agar seluruh masyarakat terus bersatu dalam membantu sesama penduduk yang terjejas oleh bencana alam seperti ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page