top of page

Maritim Malaysia rampas 4 tan beras dan 700 kg minyak petrol tanpa permit

  • nabalunews
  • Aug 12, 2025
  • 1 min read

12 Ogos 2025


TAWAU: Sebuah bot kargo tempatan ditahan selepas didapati menyembunyikan sejumlah 400 kampit beras seberat empat tan dan 27 gelen minyak petrol seberat 700 kilogram (kg) tanpa permit di perairan Tawau, pagi tadi.


Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi di perairan Batu 3 itu, barang- barang kawalan berkenaan ditemukan di bawah timbunan botol kosong dalam bot kargo tersebut.


Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata, dua lelaki iaitu jurugan lelaki tempatan, 60, dan pembantunya, 58, yang memegang passport Indonesia turut ditahan untuk siasatan.

Rampasan beras dan minyak petrol yang disembunyikan di bawah timbunan botol kosong.
Rampasan beras dan minyak petrol yang disembunyikan di bawah timbunan botol kosong.

Katanya, pergerakan mereka dari perairan Batu 3 menuju ke Pulau Sebatik sebelum itu berjaya dikesan bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan Ops Pluto Timur,Ops Sejahtera dan

Ops Tiris.


"Hasil pemeriksaaan dokumentasi seterusnya mendapati, juragan gagal mengemukakan sebarang permit berkaitan barang kawalan dan permit beras bagi muatan yang dibawa,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, kesemua barangan termasuk bot kargo dan enjin bot yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM55, 000 turut disita untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta522).


Ariffin berkata, siasatan juga akan dijalankan bagi melihat sekiranya terdapat unsur penyeludupan barangan tersebut ke negara jiran berikutan jumlah muatan yang dibawa dan pergerakan bot kargo tersebut dikesan beroperasi pada awal pagi, dipercayai bertujuan mengelak dikesan pihak berkuasa.


Dalam pada itu, beliau menyeru komuniti Maritim agar menyalurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page