top of page

Maritim Malaysia Rampas Minyak Masak dan Petrol Bersubsidi

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

22 November 2025


LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas 1,530 paket minyak masak dan 15 gelen minyak petrol yang dipercayai cuba diseludup dalam operasi di perairan Felda Sahabat, di sini, awal pagi tadi.


Dalam operasi jam 5.30 pagi itu, semua barangan berkenaan dibawa sebuah bot yang dikesan di kedudukan kira-kira 0.16 batu nautika Tenggara Kampung Tandu Tungku.


Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, bertindak atas maklumat risikan, pasukan bot ronda Maritim Malaysia menjalankan pemantauan di sekitar perairan berkenaan.

ree

Katanya, pasukan operasi kemudiannya mengesan sebuah bot mencurigakan sebelum cuba menahannya untuk pemeriksaan.


“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot tersebut telah bertindak memecut laju dan

mengubah haluan ke arah daratan berhampiran.


“Suspek kemudiannya bertindak terjun ke laut dan melarikan diri daripada ditahan penguatkuasa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati, bot terbabit membawa beberapa kotak minyak masak yang ditutup dengan canvas dan beberapa gelen minyak petrol yang disorokkan di bawah kotak minyak masak.


“Semua barang rampasan serta bot tersebut telah dibawa ke Jeti Pos Maritim FELDA Sahabat untuk tindakan dan siasatan lanjut.


“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat 1,530 minyak masak paket satu kilogram dan 15 gelen minyak petrol.

ree

“Nilai keseluruhan semua barangan bersubsidi berkenaan termasuk bot dianggarkan sebanyak RM75,240,” katanya.


Sehubungan itu, Dzulfikhar berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu penyewelengan minyak masak dan petrol bersubsidi.

ree

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut melalui aplikasi WhatsApp Zon Maritim Lahad Datu di talian 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page