top of page
nabalunews

Maritim Malaysia sokong pelan tindakan MYPCVE bagi menangani fahaman pelampau keganasan


1 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memperkenalkan Pelan Tindakan Malaysia Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE).


Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, usaha tersebut amat penting bagi memastikan kestabilan dan keamanan negara terus terpelihara.


Walaupun Maritim Malaysia hanya berperanan di perairan negara, agensi itu sentiasa bersedia mengawasi perairan daripada ancaman keselamatan, termasuk aktiviti pelampau dan pengganas.


Pelan MyPCVE yang dilancarkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Putrajaya, disifatkan oleh Datuk Mohd Rosli sebagai langkah proaktif kerajaan untuk membendung sebarang kegiatan keganasan, sama ada dalam atau luar negara.


Beliau turut mengulas mengenai empat teras utama yang menjadi fokus pelan tersebut, iaitu Pencegahan, Penguatkuasaan, Pemulihan, dan Pengukuhan, yang dijangka mampu menghalang anasir pelampau daripada mengganggu kesejahteraan rakyat Malaysia.


Pelan ini akan digunapakai dari 2024 hingga 2028 bagi memastikan keamanan negara terus terjaga.

Comments


bottom of page