Mark Zurkerberg mohon maaf atas gangguan Facebook, Instagram dan WhatsAppMark Zurkerberg mohon maaf atas gangguan Facebook, Instagram dan WhatsApp
top of page
  • nabalunews

Mark Zurkerberg mohon maaf atas gangguan Facebook, Instagram dan WhatsApp


5 Okt 2021


KUALA LUMPUR: Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg hari ini memohon maaf kepada semua pengguna di seluruh dunia yang mengalami gangguan dalam penggunaan Facebook, Instagram dan WhatsApp.


Dalam hantaran di Facebook miliknya, beliau berkata kesemua aplikasi berkenaan ini sudah kembali pulih secara beransur-ansur.


"Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger kini sudah kembali beroperasi.


"Maaf atas gangguan yang berlaku hari ini. Saya tahu bagaimana anda bergantung kepada perkhidmatan kami untuk berhubungan bersama mereka yang anda sayangi," kata Zuckerberg dalam hantaran itu.


Sementara itu, WhatsApp dalam ciapan di Tweeter menyatakan "Mohon maaf kepada semua yang telah tidak dapat menggunakan WhatsApp hari ini. Kami lakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk membolehkan WhatsApps berfungsi semula."


Terdahulu, jutaan pengguna di seluruh dunia menghadapi masalah menggunakan ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu menerusi laman sesawang atau pun telefon pintar. -Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page