top of page
  • Wartawan Nabalu News

Masa kuarantin bagi pelawat ke Sabah dipendekkan


1 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pelawat yang lengkap vaksin Covid-19 akan dibenarkan menjalani tempoh kuarantin yang lebih singkat.


Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, semua pelawat yang divaksin sepenuhnya boleh menjalani tempoh kuarantin tujuh hari.


“Manakala mereka yang belum divaksin atau yang belum selesai divaksinasi akan dikuarantin selama 10 hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata kelonggaran ini akan diberi kepada pelawat samada warganegara dan bukan warganegara dari luar negara yang tiba ke negeri ini melalui Pintu Masuk Antarabangsan (PMA).

“Di samping itu, pengembara yang lengkap vaksin boleh dipertimbangkan untuk menjalani

kuarantin di rumah jika bersesuaian,” tambahnya.

bottom of page