Masa operasi pasar raya dan kedai runcit dipanjangkanMasa operasi pasar raya dan kedai runcit dipanjangkan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Masa operasi pasar raya dan kedai runcit dipanjangkan


18 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Masa pengoperasian bagi kompleks membeli belah, pasar raya dan kedai runcit telah dipanjangkan kepada10 malam dari 6 pagi.


Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun, perubahan prosedur operasi standard (SOP) tersebut adalah berikutan peralihan Sabah ke Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Bagaimanapun had maksimum bagi bilangan pengunjung ke kompleks beli belah dan pasar raya adalah 50 peratus daripada kapasiti ruang kompleks tersebut.


Penggunaan fitting room dalam kompleks membeli belah juga kini dibenarkan buat para pengunjung.


Sementara itu, aktiviti hiburan lain seperti Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground, karaoke keluarga dan permainan mesin kanak-kanak turut dibenarkan beroperasi.


Panggung wayang juga kini dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti 70 peratus dewan tayangan pawagam kepada individu yang lengkap divaksin.


Selain itu, perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pekerja, bas sekolah, bas pelancongan dan keretapi juga kini boleh menerima kapasiti sebanyak 75 peratus kapasiti penumpang dengan syarat semua pemandu dan pembantu serta penumpang telah lengkap divaksin.


Kerajaan negeri turut membenarkan had maksimum sebanyak empat orang termasuk pemandu bagi perkhidmatan teksi atau e-hailing berdasarkan SOP terbaharu, kata Masidi.

bottom of page