Masalah banjir di beberapa kawasan Parlimen Tuaran bakal selesaiMasalah banjir di beberapa kawasan Parlimen Tuaran bakal selesai
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Masalah banjir di beberapa kawasan Parlimen Tuaran bakal selesai



10 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Suara rakyat Sabah terus bergema di Persidangan Parlimen Dewan Rakyat melalui Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran).


Beliau meminta Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) menangani masalah banjir yang membelenggu rakyat di beberapa kawasan Parlimen Tuaran setiap kali musim tengkujuh.


“Apakah langkah-langkah agar tempat-tempat bermasalah banjir di Parlimen Tuaran seperti di Giling Laut, Pekan Tenghilan, Sungai Damit, Pogun Lawid dan Topokon tidak lagi berlaku,” katanya dalam pertanyaan bukan lisan, di Kuala Lumpur.


Dalam jawapan bertulis, Menteri KASA Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kementeriannya telah memohon Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Giling, Tuaran dengan kos sebanyak RM36 juta dalam Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malayasia Ke-12 (RMKe-12).


“Projek ini dijangka akan dapat mengurangkan isu banjir di kawasan di kawasan Giling dan jalan raya utama Tuaran ke Kota Kinabalu dan memberi faedah seramai 10,000 orang.


“Bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan Pekan Tenghilan, Kampung Sungai Damit, Pogun Lawid dan Topokon, kajian sedang dijalankan iaitu Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Pekan Tuaran yang diluluskan dalam RMK-12 dengan kos kajian RM2.5 juta.


“Kajian ini dalam peringkat penyediaan terma rujukan atau Term of Reference (TOR) dan dijangka perolehan data ukur secara LIDAR akan dimulakan pada tahun 2022,” kata Ibrahim.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page