Masidi ingatkan orang ramai terus patuhi SOP walau sudah lengkap vaksinMasidi ingatkan orang ramai terus patuhi SOP walau sudah lengkap vaksin
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Masidi ingatkan orang ramai terus patuhi SOP walau sudah lengkap vaksin


30 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Masyarakat diingatkan untuk terus mematuhi standard operasi prosedur (SOP) meskipun sudah lengkap vaksin berikutan trend peningkatan kes Covid-19 di Sabah yang semakin membimbangkan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata secara purata 60 peratus daripada semua jangkitan harian adalah keatas mereka yang sudah menerima vaksin lengkap.


Menurut beliau, pemerhatian ke atas graf kes harian bagi tempoh 14 hari yang lalu juga menunjukkan kes Covid-19 di Sabah semakin meningkat.


“Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dengan mengambilkira perlonggaran pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial serta tahap pematuhan SOP yang mula menurun dikalangan penduduk,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Secara keseluruhan, kes positif baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini ialah sebanyak 650 kes iaitu peningkatan yang mendadak berbanding 589 kes kelmarin.

bottom of page