Masyarakat dijemput sertai aktiviti Minggu Perpustakaan 2023
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Masyarakat dijemput sertai aktiviti Minggu Perpustakaan 2023


25 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perpustakaan Negeri Sabah mengadakan Minggu Perpustakaan 2023 yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk mendorong masyarakat membaca dan berilmu.


Minggu Perpustakaan 2023 bermula pada 24 Jun dan akan berlangsung sehingga 6 Julai ini, dengan sebanyak 18 program yang dilaksanakan.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Datuk Dr. Mohd Arifin Arif berkata, Minggu Perpustakaan 2023 adalah sebahagian daripada misi Perpustakaan Negeri Sabah untuk memperkasakan perkhidmatan perpustakaan.


"Idea mengadakan Minggu Perpustakaan diharap mendekatkan perpustakaan dengan masyarakat terutama golongan belia dan para pelajar," katanya.


Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Zainudin Aman, ketika Majlis Pelancaran Minggu Perpustakaan Tahun 2023 di Kota Kinabalu, hari ini.


Beliau juga menekankan pentingnya pendedahan seawal usia muda kanak-kanak kepada perpustakaan untuk membentuk minat membaca dalam diri mereka.


"Kehadiran kanak-kanak yang ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing hari ini membuktikan kesungguhan ibu bapa mendidik anak-anak menjadi insan cerdik di kemudian hari," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page