top of page

Masyarakat setempat turut berperanan jadi 'mata dan telinga Kerajaan

  • nabalunews
  • Jun 28
  • 2 min read

Shahelmy (tengah) bergambar bersama para peserta pertandingan takraw yang turut diadakan sempena Program Semangat Madani Tanjung Keramat di Dewan Serbaguna Muhibbah, Taman Jumbo, hari ini.
Shahelmy (tengah) bergambar bersama para peserta pertandingan takraw yang turut diadakan sempena Program Semangat Madani Tanjung Keramat di Dewan Serbaguna Muhibbah, Taman Jumbo, hari ini.

28 Jun 2025


PUTATAN: Masyarakat setempat turut berperanan menjadi 'mata dan telinga' Kerajaan Negeri dalam usaha merealisasikan hala tuju pentadbiran serta keseimbangan sosio, ekonomi di negeri ini.


Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, adalah penting dalam penekanan kerjasama holistik di antara masyarakat akar umbi dan kerajaan sedia ada terutama menjayakan pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) dari semasa ke semasa.


"Apa jua isu yang timbul di kawasan masing-masing, saya minta masyarakat di peringkat akar umbi teruslah berhubung dengan pihak seperti UPPM, JPKK, JKDM dan berkaitan.


"Ini adalah bagi memastikan supaya setiap permasalahan dapat dibawa untuk penyelesaian dan itu pentingnya hubungan dua hala antara masyarakat dengan pihak yang bertanggungjawab di kawasan, "katanya.


Beliau, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Tanjung Keramat berkata demikian ketika berucap bersempena perasmian Program Semangat Madani Tanjung Keramat di Dewan Serbaguna Muhibbah, Taman Jumbo, dekat sini, hari ini.


Terdahulu, program berbentuk komuniti setempat itu menyaksikan lebih 100 penduduk terlibat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.


Antara acara diadakan adalah program gotong royong membersihkan kawasan perumahan dan pertandingan mewarna dalam kalangan anak-anak penduduk.


Mengulas mengenai program itu, Shahelmey berkata, penyertaan aktif komuniti di lokaliti terbabit menunjukkan trend positif terhadap kesedaran menjaga kebersihan dan keselamatan bersama.


"Kita menyedari dengan adanya program seumpama ini, para peserta dan hadirin bukan sahaja dapat merapatkan ukhuwah sesama kita, bahkan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara kebersihan, keselamatan dan keharmonian di komuniti di sini.


"Ia amat bertepatan dengan saranan Kerajaan Negeri Sabah yang menginginkan perpaduan di kalangan rakyat di kesemua peringkat demi melestarikan komuniti lebih berdaya saing di masa hadapan, "katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page