Maszlee Malik sertai PKRMaszlee Malik sertai PKR
top of page
  • Farah Salim

Maszlee Malik sertai PKR


26 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi pada hari esok, lapor The Vibes.


Perkara ini didedahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, sekaligus mengesahkan khabar angin mengenai penyertaan Maszlee setelah sekeping poster acara yang menunjukkan Maszlee dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memakai baju yang mempunyai logo PKR tular di media sosial hari ini.


Menurut The Vibes lagi, Shamsul menyatakan bahawa kehadiran Maszlee dalam PKR akan mengukuhkan seruan untuk reformasi, di samping pengalamannya sebagai menteri pendidikan akan membawa perspektif baharu kepada parti itu.


“Sebagai ahli akademik dan bekas menteri pendidikan, Maszlee kini pengerusi jawatankuasa pilihan parlimen untuk pendidikan.


“Beliau akan membawa perspektif dan penyelesaian baharu tentang bagaimana kita boleh membawa negara ini ke hadapan melalui pemerkasaan belia dan dengan meningkatkan taraf pendidikan,” katanya.


Maszlee memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum 2018 sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Namun, beliau menjadi wakil rakyat bebas setelah dipecat berikutan Langkah Sheraton tahun lepas yang menyaksikan kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page