top of page

MAT-PDM Sayap UPKO Kota Belud Seru Kesinambungan Perpaduan Selepas PRN

  • nabalunews
  • Apr 27
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


27 April 2026


KOTA BELUD: Kesatuan, kerjasama dan strategi kempen yang berterusan, bukan hanya pada musim pilihan raya, menjadi mesej utama dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sayap, sabtu lalu.


Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud, Carlye Lajimin dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa kemenangan bergaya calon UPKO, Datuk Ewon Benedick di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 tahun 2025 adalah hasil perpaduan seluruh 16 PDM di kawasan Kadamaian, termasuk PDM Sayap.


Beliau mengingatkan bahawa kejayaan bersejarah itu tidak akan tercapai tanpa sokongan padu dan strategi kempen yang berkesan, justeru elemen-elemen tersebut perlu diteruskan selepas musim kempen berakhir.


MAT yang diadakan di Kampung Sayap itu dipengerusikan oleh Ketua PDM Sayap, Rizoh Bosorong. Turut hadir ialah Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, Jolyhame Saran, serta barisan Ahli JawatanKuasa UPKO Kota Belud.


Kesemua lima ketua cawangan di bawah PDM Sayap turut membentangkan laporan masing-masing. Lima cawangan tersebut terdiri daripada dua cawangan di Kampung Terintiden (Terintiden 1 diketuai Yapin Beret, dan Terintiden 2 diketuai Timbalan Ketua PDM Sumping Kudandang serta tiga cawangan di Kampung Sayap, iaitu Sayap Sogindai Taming @ Ameng Gomburus, Sayap Tengah, Amlida Taising, dan Sayap Magambai Lidin Lukasan.


Dalam ucapannya, Carlye turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pimpinan PDM Sayap atas kebersamaan mereka sepanjang PRN lalu, serta kejayaan menganjurkan MAT tersebut. Beliau menggariskan bahawa kemenangan di DUN Kadamaian telah mencatat sejarah tersendiri bagi UPKO.


Sesi soal jawab antara ahli dengan barisan kepimpinan turut diadakan sebagai sebahagian daripada agenda mesyuarat, menunjukkan komitmen organisasi terhadap keterbukaan dan perbincangan dua hala.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page