top of page

Mayat Tergantung Di Dahan Pokok

  • nabalunews
  • May 6
  • 1 min read


6 Mei 2025


TAWAU: Satu mayat ditemui tergantung di dahan pokok dipercayai menggantung diri dalam kejadian di Jalan Megah 9, di sini, pagi tadi.


Mangsa yang sudah kehitaman ditemui orang awam pada jam 10.45 pagi sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat yang masih lengkap anggota badan berkenaan.


Katanya, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Tawau untuk tindakan selanjutnya termasuk proses bedah siasat.


“Berkaitan kes penemuan mayat ini, saya mengesahkan polis telah menerima aduan berkaitan penemuan mayat oleh orang awam disyaki gantung diri pada jam 10.45 pagi.


“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai Sudden Death Report (SDR). Mayat mangsa telah dibawa ke hospital Tawau untuk tujuan bedah siasat,” katanya.


Menurutnya, proses bedah siasat belum dapat dijalankan dan pasukan koroner dijadual akan hadir ke hospital esok.


Sementara itu, gambar di tempat kejadian yang memaparkan kehadiran pihak berkuasa serta keadaan mayat mangsa tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.


Untuk rekod, penemuan mayat ini adalah yang kedua dilaporkan di Tawau selepas kejadian pertama minggu lepas, melibatkan mayat lelaki ditemui terapung di parit berhampiran Pusat Komersil Ba Zhong, Jalan Kg Titingan.

تعليقات


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page