MAYBANK IB JANGKA EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG 5.1 PERATUS PADA 2021MAYBANK IB JANGKA EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG 5.1 PERATUS PADA 2021
top of page
  • nabalunews

MAYBANK IB JANGKA EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG 5.1 PERATUS PADA 2021


6 FeB 2021


KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5.1 peratus tahun ini berbanding penguncupan 5.4 peratus tahun lepas ketika kemelesetan negara semakin ketara di tengah-tengah gelombang ketiga COVID-19.


Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) Suhaimi Ilias berkata unjuran itu adalah konservatif berbanding unjuran rasmi penurunan lebih kecil pada 4.5 peratus tahun lepas dengan ekonomi berkembang antara 6.5 hingga 7.5 peratus pada 2021.


“Gelombang ketiga COVID-19 yang menyebabkan peningkatan kes akan terus menjadi faktor negatif.

“Bagaimanapun, seperti data terbaharu pada Disember 2020, pembuatan, teknologi, kewangan menyertai penjagaan kesihatan dalam proses pemulihan, manakala perkhidmatan berkaitan pelancongan terus ketinggalan,” katanya pada program Maybank Wealth Talk bertemakan ‘New Decade, New Cycle, New Market Environment’, yang diadakan secara maya hari ini.


Mengenai pandemik COVID-19, Suhaimi berkata pelaksanaan semula sekatan pergerakan beberapa bulan ini telah mencetuskan kebimbangan tentang impaknya ke atas ekonomi terutamanya memandangkan hubungan songsang tahun lepas antara keluaran dalam negara kasar (KDNK) global dan Malaysia.


“Sekatan itu telah menjejaskan mobiliti dan kami melihat korelasi kukuh antara KDNK dan mobiliti.


“Mengikut anggaran kami, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) hampir 80 peratus daripada ekonomi beroperasi dan nisbah itu akan terus meningkat lagi berbanding PKP pertama. Anggaran kerugian harian ekonomi tidak sebesar seperti PKP pertama dan kami mengekalkan unjuran rasmi kami bagi pertumbuhan KDNK sebenar 2021 pada 4.1 peratus,” katanya.


Mengenai prestasi emas, Ketua Penyelidikan dan Strategi FX Maybank Global Banking, Saktiandi Supaat berkata aset selamat itu bermula agak lemah pada tahun ini selepas mencatatkan prestasi setinggi US$35,000 seauns pada Ogos tahun lepas.


Beliau berkata penurunan itu adalah disebabkan oleh hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan kemajuan vaksin COVID-19.


“Justeru, kita mungkin akan melihat prestasi emas yang tidak menentu disebabkan pergerakan hasil perbendaharaan AS pada 2021 dan kami berpandangan akan ada peluang bagi emas diniagakan antara paras US$18,000 dan US$200,000 seauns tahun ini,” katanya. - Bernama


bottom of page