MDN LAKSANA OPERASI DISINFEKSI DI NABAWANMDN LAKSANA OPERASI DISINFEKSI DI NABAWAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

MDN LAKSANA OPERASI DISINFEKSI DI NABAWAN


24 OKTOBER 2020


NABAWAN: Proses disinfeksi awam di kawasan tumpuan umum daerah ini telah dijalankan oleh Majlis Daerah Nabawan (MDN) pada Khamis.


Pegawai Daerah Nabawan, Peter Jonu @ Peter J. Moinjil berkata, proses disinfeksi tersebut dilaksanakan bagi bantu mengekang penularan COVID-19 di daerah berkenaan.



“Antara kawasan tumpuan utama yang kita laksanakan adalah di sekitar Pasar Awam, premis-premis perniagaan dan tempat-tempat awam di sekitar pekan Nabawan bagi memastikan lokasi-lokasi ini bersih memandangkan ia merupakan kawasan tumpuan awam.


"Operasi ini dilaksanakan pada sebelah petang Khamis iaitu selepas penutupan operasi pasar dan kedai.


“Keadaan pekan yang lengang pada ketika itu membolehkan operasi disinfeksi ini dapat dilaksanakan dengan lancar," ujarnya kepada pemberita.



Tambah Peter, operasi disinfeksi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan tumpuan di daerah Nabawan terjamin dari segi kebersihannya.


Peter yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Nabawan turut menyeru masyarakat di daerah berkenaan untuk memberi kerjasama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi membantu menyekat penularan COVID-19.


“Selain itu, pejabat-pejabat kerajaan negeri dan persekutuan, kedai-kedai serbaneka, restoren, bank serta pusat-pusat internet juga digalakkan membuat disinfeksi sendiri di premis masing-masing dari masa ke semasa,”katanya.



Operasi disinfeksi berkenaan dilaksanakan oleh enam kakitangan MDN dari unit Disinfeksi yang diketuai oleh Pegawai Eksekutif MDN, Rizal Maulah.


Selain MDN, operasi berkenaan juga mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan dan Pejabat Penerangan Daerah Nabawan bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page