top of page

Mekanik Diberkas Dengan 27 Liter Air Ketum Di Putatan

  • nabalunews
  • Apr 24
  • 1 min read

Oleh :Romie Stanley DGuns


24 April 2026


PUTATAN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan seorang lelaki berusia 41 tahun dalam serbuan di Kampung Seberang Ulu, tengah malam tadi selepas disyaki memasak dan menjual ketum.


Dalam operasi 'Ops Gempur Khas' kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, sepasukan JSJN menyerbu sebuah rumah tanpa nombor di Jalan Ramayah sebelum menahan suspek yang bekerja sebagai mekanik.


Pemeriksaan menemukan lebih lima kilogram daun ketum mampat dan 27 liter air ketum bersama peralatan memasak di lokasi.


Suspek didapati negatif dadah namun mempunyai rekod lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, manakala usaha mengesan pembekal masih dijalankan.


Orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat dengan penyalahgunaan ketum kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan termasuk ketagihan, gangguan mental serta menjejaskan fungsi organ dalaman.


Selain itu, pengedaran dan pemprosesan ketum adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page