top of page

Mesyuarat libat-urus pembinaan infrastruktur SABO di Sabah

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 2, 2024
  • 1 min read

2 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News 


KOTA KINABALU: Mesyuarat Libat-Urus pihak berkepentingan telah diadakan baru-baru ini di Dewan Mesyuarat Sky Room, Dream World Resort untuk membincangkan cadangan pembinaan infrastruktur Sabo di Sabah, khususnya di kawasan Kota Belud dan Ranau.


Penerangan dan taklimat tersebut disampaikan oleh wakil dari Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Malaysia bersama Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia. 


Struktur Sabo dibina merentasi alur sungai, berfungsi menahan puing termasuk bongkah batuan, lumpur dan kayu-kayan, sekali gus memperlahankan aliran air serta mengurangkan impak yang dibawa arus deras terutamanya selepas hujan lebat.


Taklimat mengenai cadangan tersebut itu melibatkan tiga sungai utama iaitu Sungai Kadamaian, Sungai Panataran, dan Sungai Liwogu.


Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sabah, Ketua JPS Daerah Kota Belud, JKR, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Air, Jabatan Tanah Dan Ukur, serta wakil-wakil komuniti setempat termasuk PPM Kadamaian Saikom Watis yang mewakili ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick dan Charles Ibi yang mewakili Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page