top of page

Mesyuarat MA63 di KK, PM dijadual hadir

nabalunews


31 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri mesyuarat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijadual diadakan di sini pada 12 September depan.


Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin, berkata mesyuarat itu diadakan menjelang sambutan Hari Malaysia di sini, pada 16 September depan yang turut dihadiri Anwar.


“Perdana Menteri sekali lagi akan ke Sabah pada 12 September ini untuk mesyuarat MA63. Sebelum ini mesyuarat itu diadakan di Sarawak dan kali ini di Sabah pula.


“Program beliau pada 12 September dijangka hanya untuk mesyuarat itu. Beliau akan kembali semula pada sambutan Hari Malaysia pada 16 September,” katanya seperti dilaporkan Info X pada sidang media, di sini, semalam.


Sabah turut menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada tahun ini.


Razeef berkata, Perdana Menteri juga dijadual hadir pada program jelajah Himpunan Perdana Rakyat anjuran PKR Sabah bagi Zon Pantai Timur Sabah di Tawau pada Oktober depan.


Razeef berkata, program itu sama seperti Himpunan Perdana Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang turut dihadiri Anwar selaku Presiden PKR pada 4 Ogos lalu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page