top of page

METMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak

nabalunews

24 Januari 2025


PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran bahawa beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan berterusan tahap waspada bermula 27 hingga 30 Januari.


METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa di Sarawak, amaran itu melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, dan Mukah, selain Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, dan Miri (Subis, Beluru, Miri, dan Marudi).


Cuaca sama turut dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah dari 27 hingga 29 Januari, melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan), serta Kudat.


Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi METMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu, atau aplikasi myCuaca.


“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web kami dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih,” menurut kenyataan itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page