top of page

MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Kong-Rey

  • nabalunews
  • Oct 30, 2024
  • 1 min read


30 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Kong-Rey, yang dikesan kira-kira 1,662 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah.


MetMalaysia menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa taufan berada pada kedudukan latitud 17.8 utara dan longitud 127.3 timur, kira-kira 770 km ke Timur Laut Manila, Filipina.


Menurut laporan Bernama, berdasarkan pencerapan pada jam 8 pagi Selasa, MetMalaysia melaporkan bahawa taufan itu bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 15 km/j, dengan potensi kelajuan maksimum mencapai 130 km/j.


"Tiada kesan signifikan taufan berkenaan ke atas Malaysia," menurutnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page