top of page

MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing

  • nabalunews
  • Nov 8, 2024
  • 1 min read

8 November 2024


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.


MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.


Menurut laporan Bernama, berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, MetMalaysia melaporkan bahawa taufan terbabit bergerak ke arah barat berkelajuan 20 km/j, dengan potensi kelajuan maksimum mencapai 139 km/j.


“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page