top of page
Wartawan Nabalu News

Mini Karnival HPPK di Kadamaian Square pada 21 dan 22 Sept ini


12 Sept 2023

By Wartawan Nabalu News

KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) buat julung kalinya menganjurkan Mini Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2023, di Dewan Kadamaian Square, pada 21 dan 22 September ini.


Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, Tamu Malam Kadamaian juga akan diadakan buat julung kalinya pada malam 21 September ditempat yang sama sempena Mini HPPK, bermula jam 3.00 petang hingga 10.00 malam.


“Bagi memeriahkan sambutan itu, pelbagai acara menarik telah disusun, termasuk persembahan artis, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik,” katanya.


Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat mengenai skim pembiayaan dan program-program keusahawanan melalui pameran agensi-agensi kementerian itu.


Sebanyak 50 gerai pameran dan jualan melibatkan lebih 50 penjaja dan peniaga kecil-kecilan, akan mempamerkan pelbagai produk mereka.


Beliau berkata, sambutan HPPK adalah acara tahunan KUSKOP bertujuan menghargai sumbangan golongan penjaja dan peniaga kecil terhadap pembangunan ekonomi negara.


“Kita mengadakan Mini Karnival HPPK di luar bandar pada tahun ini untuk memberi peluang kepada para penjaja dan peniaga kecil-kecilan meraikan sambutan ini,” katanya.


Sambutan HPPK peringkat kebangsaan akan diadakan di Buhavan Square Penampang, bermula 17 sehingga 19 November ini.

Comments


bottom of page